Friday, May 14, 2010

cinta ibarat menunggu bas

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu

datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,"Eee... penuhnya...

tak de tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu

bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg

lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak

akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni

akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan

awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.


Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak

penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm... . tak de air-

cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi

awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg

awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg

datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian

barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak

dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak.

Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber aircond, adakah awak dpt pastikan

bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu

sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah

mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga

kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya

awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya

tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi... saya pasti awak semua tentu

ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas

yg awak nanti- nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat

tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan

awak! Hahahaha... . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang

saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh

dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas,

sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang

pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri

daripada cinta!

kenapa aku diuji?

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?


" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "

-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?


" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA KECEWA ??


" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "

-Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?


" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu

dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah

supaya kamu beruntung. "

-Surah Al-Imran ayat 200


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', "

-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??


" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... "

-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?


" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung. "

-Surah At-Taubah ayat 129


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!


" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. "

-Surah Yusof ayat 87

Thursday, April 29, 2010

cinta pertama

setiap manusia ingin merasai bagaimana perasaan mencintai dan dicintai itu.. begitu juga dengan diriku ini.. hadirnya ia dalam hidup aku tanpa dirancang dan disedari... ia telah mengajar ku bagaimana perasaan kasih sayang,rindu merindui,cemburu.. satu perasaan yang terlalu asing buatku..memang benar kata orang cinta itu membahagiakan.. kalau boleh ingin selamanya aku berada didalamnya.. tapi langit tidak selalunye cerah.. yang tinggal hanyalah kenangan.. kenangan yang terlalu indah untuk aku kenangankan..kenangan yang akan menjadi teman setiaku untuk menempuh hari2 yang bakal ku tempuhi..biarkan kenangan itu berbunga diranting usia..cinta itu sukar untuk difahami.. ia tentang penerimaan dan penolakan..tentang kebahagiaan dan kekecewaan.. terima kasih cinta.. kerna pernah hadir dalam hidupku dan membahagiakan aku..walau ia hadir untuk seketika.. namun aku tidak akan berdendam dan benci akan mu cinta.. pergilah lah cintaku.. sesungguhnya doaku akan selalu mengiringimu..kebahagiaanmu adalah kebahagiaanku juga jua.. mungkin selepas ni ade cinta ke2 atau ke3 atau xkan ada lagi cinta dalam hidupku ini.. cinta pertama terlalu sukar untuk dilupakan..