Friday, May 14, 2010

cinta ibarat menunggu bas

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu

datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,"Eee... penuhnya...

tak de tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu

bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg

lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak

akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni

akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan

awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.


Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak

penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm... . tak de air-

cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi

awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg

awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg

datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian

barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak

dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak.

Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber aircond, adakah awak dpt pastikan

bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu

sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah

mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga

kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya

awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya

tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi... saya pasti awak semua tentu

ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas

yg awak nanti- nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat

tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan

awak! Hahahaha... . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang

saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh

dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas,

sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang

pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri

daripada cinta!

No comments:

Post a Comment